Thursday, 4 August 2011

Menu bulan puasa

Ramadhan datang lagi...bermula satu Ramadhan menu keluargapun berubah...jarang kelihatan di atas meja hidangan nasi putih dan lauk-pauk yang berbagai-bagai...Nak tau apa menu kami semasa berbuka??? Haa.....! Suami dan anak-anak lebih suka berbuka dengan menu pelbagai jenis mee...so, kepala pun ligatlah naka memikirkan mee apa nak dibuat untuk berbuka pada hari esok dan seterusnya...Kalau nak berbuka dengan nasi, anak-anak lebih suka kalau masak nasi ayam, nasi tomato, nasi serai dan sewaktu dengannya...hehehe....
Tapikan....memang seronok tengok gelagat anak-anak waktu berbuka. Apa lagi menu tersebut atas permintaan mereka. Tak pelah mak dan abahnya penat sikit...asalkan mereka enjoy!!!SELAMAT BERPUASA......

Tuesday, 19 July 2011

Bermula demam peperiksaan....

Hari ini bermulalah peperiksaan percubaan UPSR anakku, Muhammad Faris Hilman.Semoga Faris dapat buat yang terbaik dalam percubaan ini.2 minggu lagi Peperiksaan Percubaan PMR Angah pulak diikuti dgn Trial SPM  Along lepas raya nanti. Apa2pun , mak doakan semua anak2 mak dapat mjwb soalan dgn baik dan beroleh kejayaan..INGAT!! Pelajaran penting untuk masa depan yang semakin mencabar ini....